Bismillahi rahmani rahim
Ketahuilah
olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah
engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu.
Maka
dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir
rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang
dimaksudkan kepada AKU.
AKU.
Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu.
AKU
adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia
bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu
rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi
Zatullah. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan
Yang Maha Kuasa.
Padanya
pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana ia (aku) itu
adalah Benyata bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku) itulah
Kenyataan Tuhan.
Sesungguhnya
Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh
sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana
ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun.
Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia telah
menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU.
Dalam
ilmu hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI
….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada keadaan Tuhan padanya. Perlu
di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya Penyata yang
dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah
Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan
tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun ia
ada.
Didalam
ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu
adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan
pada jasadku ini. Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah
menjadi DIRI pula.
AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Tuhan kepada
kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi
dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.
AKU
yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana
ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan
bentuk.
Oleh
itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada
badan dirimu itu. AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku
kau akan mati.
Anak-anakku…….ketahuilah
olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat
yang telah digantungkan oleh Tuhan bagi menyatakan dan mendalilkan akan
Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan
diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah iaitu……..
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
Sifat-sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
Adalah
Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah
mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini
saya menyatakan ianya adalah penyataan. Umpama lampu suluh mengeluarkan
cahaya dan menyuluh dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan
cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang
berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu
itu…….
Tentu
tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana
ianya adalah tali bertali dari punca yang sama. Maka tali itulah bagi
AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat
Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya. MANLA YAKRIF FALA
YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.
Anak-anakku
kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU
kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat
jua adanya. Dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada
ilmunya.
Kau
jangan bicara tentang keadaan zat tuhan kerana kau tak mampu untuk
itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu
dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri
mengenal tuhan” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.
AKU…….adalah
kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya,bila AKU menerima
badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah
saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat tuhan.kerana AKU adalah
AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan AKU,akan
tetapi AKU datangnya dari TUHAN.
AKULAH ………………..ketuhanan.
Renungilah
olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan
temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al
(perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses
semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari tuhan membawa dan menerima
suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun
akhirat.
Ingat-ingatlah
wahai anak-anakku………..dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan
semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi
mu.rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi
bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri
bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan
rahsia ilahi………..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar