"Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan muhrimnya." (H.R Bukhari dan Muslim)
KAKI (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (menampakkan kaki menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki)
WANGIAN
"Siapa
saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " (H.R Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban)
DADA
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " (An-Nur:31)
GIGI
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya" (H.R At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah"(H.R Bukhari dan Muslim)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah"(H.R Bukhari dan Muslim)
MUKA dan LEHER
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."
a. Bersolek
b. Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
MUKA dan TANGAN
Asma
Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang
nipis. Sabda Rasullulah : "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja." (H.R Muslim dan Bukhari)
TANGAN
"Sesungguhnya
kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum
yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (H.R At-Tabrani dan
Baihaqi)
MATA
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya"(An-Nur : 31)
"Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya
boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak
dibenarkan." (H.R Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
MULUT
"Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab:32)
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (H.R Ibn Majah)
"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi" (H.R Ibn Majah)
KEMALUAN
"Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan
berzina)."(An Nur:31)
"Apabila
seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka
masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya"(H.R Al Bazzar)
"
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah"
(H.R Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)
PAKAIAN
"Barangsiapa
memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan
pakaian kehinaan dihari akhirat nanti" (H.R Ahmad, Abu Daud, An Nasaii
dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium
baunya"(H.R Bukhari dan Muslim)
a. Berpakaian nipis (jarang)
b. Berpakaian ketat (membentuk)
c. Berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu) ..
"Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang." (Al Ahzab:59)
Daripada Muaz bin Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada bermacam-macam pakaian orang yang beriman."(Hadis Riwayat At-Tirmidzi) .
Daripada Muaz bin Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang dia suka daripada bermacam-macam pakaian orang yang beriman."(Hadis Riwayat At-Tirmidzi) .
BULU KENING
Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)." (H.R Abu Daud Fi Fathil Bari)
"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya, segala makhluk, burung-burung yang terbang, ikan-ikan dilaut, malaikat dilangit, matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya."(H.R Bukhari)
"Lelaki
adalah pemimpin bagi perempuan, karena Allah telah melebihkan yang satu
(kaum lelaki) terhadap yang lain (kaum perempuan), dan karena mereka
(lelaki) telah menafkahkan sebagian harta yang mereka miliki."
(An-Nisaa’ Ayat:34)
Sesungguhnya,
lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan
perempuan yang ta’at, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan
perempuan yang tetap dalam kesabaran, lelaki dan perempuan yang khusyuk,
lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang
berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan diri, lelaki
dan perempuan yang banyak mengingat Allah (dzikrullah). Allah telah
menyediakan bagi mereka ampunan dan ganjaran yang besar."(Al-Ahzab Ayat:35)
Bila
Berjuang Kerana ALLAH, Dugaan Itu Tempat Persinggahan, Keperitan
Ditelan Sebagai Juadah, Kejayaan Adalah Mimpi Indah, Andai Ditakdirkan
Rebah, Hati Redha Kerana ALLAH.
"Maha
suci Allah dan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan
keredhaanNya, dan seberat timbangan 'ArashNya dan sebanyak dakwat (yang
terpakai untuk menuliskan) kalimatNya." 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar